Satu perkara yang mungkin si pelawat-pelawat laman web RedesignMalaysia.com tak tahu, ialah saya, Josh Lim walaupun seorang “Cina-Beng” boleh dianggap fasih bertulis and bercakap dalam Bahasa Malaysia.
Saya telah membaca sebuah “blog post” yang menarik. Ia ditulis oleh saudara “Tawel-Sensei”, dari http://hembusan.blogspot.com. Walaupun ia ditulis pada bulan puasa tahun lepas, saya baru menemuinya. Namun, isi kandungannya tetap benar hingga hari ini - dan juga mengandungi fakta yang bernas.
“Blog post” itu bertajuk: “Telekom Malaysia Tak Boleh Pakai!”. Klik sini untuk baca post dalam keseluruhannya. Dalam post itu, penulis menyatakan bahawa:
- “TM mengaut untung yang berganda-ganda banyaknya kerana tidak wujud sebarang pesaing. Sepatutnya dalam keadaan begini, TM wajib mengurangkan caj kadar panggilannya.”
- “sesudah tragedi ngeri ini, saya berjanji dan bersumpah akan berwasiat kepada bakal isteri, bakal anak, dan bakal cucu saya supaya jangan lagi menggunakan dial-up Telekom. RM30 yang saya gunakan untuk membeli kad prepaid itu sebenarnya lebih baik disedekahkan kepada mangsa tragedi gempa bumi Jogjakarta yang berlaku waktu.”
(Okay, mungkin yang di atas tidak berdasarkan fakta, tetapi kelakar, oleh itu saya “menginklusikannya”)
- “Broadband kita terlalu mahal”. Penulis membandingkan Streamyx dengan ISP lain di Ireland, dan menunjukkan bahawa ada perbezaan yang sangat ketara.
- “Apa sudah jadi pada MSC?”…“Berbalik kepada MSC. Adalah sesuatu yang memalukan kerana kita ada kembar Lembah Silikon, tetapi sistem IT kita adalah begitu primitif. Sungguh tidak saya sangka selepas 11 tahun MSC dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1995, barulah saya tahu bahawa sampai sekarang Malaysia masih bergantung kepada Singapura dan Amerika Syarikat (AS) untuk mengakses Internet.”
- “Dan dengan itu, saya membuat kesimpulan bahawa teguran saya kepada TM tidak akan menyebabkan syarikat korporat itu membuat dan memperbaiki perkhidmatan mereka. Tetapi jika Bill Gates, atau mungkin sekadar pak menakan Bill Gates menegur perkhidmatan TM, maka percayalah..esok juga Telekom Malaysia akan bertindak.”
Kita di RedesignMalaysia.com juga berharap bahawa Encik Bill Gates atau “orang besar” atau “technopreneur” yang lain akan cuba memberangsangkan TM untuk membuat servis mereka lebih baik. Ini bukan sahaja isu pengguna, tetapi, masalah broadband adalah masalah seluruh negara - dari segi politik, ekonomi dan sosial yang dihadapi oleh rakyat jelata.
Sekian, terima kasih.




